Rabu, 01 Mei 2013


Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km sahaja.
Pantai ini semestinya paling popular bagi penduduk sekitar Kota Bharu dan antara destinasi pilihan yang paling mudah diakses.
Jika tidak di waktu cuti sekolah, penduduk tempatan seringkali menjadikan pantai ini sebagai destinasi perkelahan pada hujung minggu.
Deretan gerai makan yang menjual ikan bakar mahupun makanan seafood
Uniknya pantai ini adalah mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang. Kemudahan yang selesa seperti tandas awam dan surau juga disediakan kepada para pengunjung.
Layang-layang boleh didapati di sini
Berdekatan pantai ini terdapatnya PCB Resort dan Perdana Resort. Bagi mereka yang tinggal di resort tersebut, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan matahari terbenam pada waktu senja.
Pantai Cahaya Bulan merupakan destinasi ideal untuk bersiar-siar di waktu petang
Sepanjang perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan, anda akan bertemu dengan banyak gerai yang menjual jagung rebus
Jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke pantai ini, wajib datang ke sini jika anda menginap di sekitar Kota Bharu.

Tip:

  • Disepanjang jalan dari KB ke PCB terdapat banyak gerai yang menjual jagung rebus. Jangan lupa untuk membeli jagung rebus untuk di makan di PCB. Menikmati jagung panas sambil melihat keindahan pantai lebih memberi kepuasan dan menjimatkan poket.
  • Harga makanan seperti seafood dan fishball celup tepung di sini agak mahal. Beli lah dalam kuantiti yang sedikit sebagai langkah berjimat.
  • Kedai paling hujung yang paling dekat dengan pantai menjadi kegemaran penduduk tempatan kerana lebih murah dari kedai-kedai lain.
  • Jika ingin makan, pilihlah kedai yang bersih. Terdapat segelintir kedai yang kurang menjaga kebersihan.
sumber : http://www.cutikelantan.com/attractions/pantai-cahaya-bulan-pcb/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar